Thursday, 18 December 2014

Selepas 200 hari..

Bismillahirahmanirrahim..

assalamualaikum pembuka bicara..mata masih lagi segar walaupun hampir diulit mimpi sebelum isyak td. Selesai menonton 'Pencetus Ummah' musim kedua..kejap je masa berlalu, baru hari ni berkesempatan untuk spend masa sampai habis rancangan.

tajuk yang bertemakan hari kiamat, dikupas oleh setiap PU.. seperti Imam Mahdi, Dajjal, titian sirat..mengingatkan kita pada rukun iman yg ke-5. Moga diri sentiasa berusaha untuk menyiapkan diri pada hari yg pasti kelak..

2-3 hari yg lalu, emosi kurang stabil..mengingatkan pada si kecil yg telah lama meninggalkan ibu di sini. Selepas 200 hari pemergiaan anak yg dikandung, hati teringat kembali..rindu untuk mencium apatah lagi membayangkan syg ibu membesar di depan mata..Allahurabbi..yg pastinya anak ibu sedang berbahagia di alam sana..ada yg lg hebat menjaga anak ibu di syurga.

ibu mana yg mampu utk melupakan pengalaman getir saat melahirkan, menantikan kesygn hadir di pangkuan..tp ibu hanya mampu mendakap saat ank ibu sudah mahu bertemu Penciptanya..200hari dh berlalu..moga kekuatan & kesabaran sentiasa menjadi peneman hidup sehingga ke saat ini..

Moga Allah gantikan yang lebih baik daripada apa yg telah diambilNya..perkara yg sentiasa mengingatkan aku, semua yg ada di atas muka bumi ini adalah pinjaman dariNya. Kita diberi amanah tatkala dikurniakan sesuatu..bersyukurlah..jagalah amanah itu dengan sebaik-baiknya..wallahua'lam

No comments:

Post a Comment