Bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum pembuka bicara..mata masih lagi segar walaupun hampir diulit mimpi sebelum isyak td. Selesai menonton 'Pencetus Ummah' musim kedua..kejap je masa berlalu, baru hari ni berkesempatan untuk spend masa sampai habis rancangan.
tajuk yang bertemakan hari kiamat, dikupas oleh setiap PU.. seperti Imam Mahdi, Dajjal, titian sirat..mengingatkan kita pada rukun iman yg ke-5. Moga diri sentiasa berusaha untuk menyiapkan diri pada hari yg pasti kelak..
2-3 hari yg lalu, emosi kurang stabil..mengingatkan pada si kecil yg telah lama meninggalkan ibu di sini. Selepas 200 hari pemergiaan anak yg dikandung, hati teringat kembali..rindu untuk mencium apatah lagi membayangkan syg ibu membesar di depan mata..Allahurabbi..yg pastinya anak ibu sedang berbahagia di alam sana..ada yg lg hebat menjaga anak ibu di syurga.
ibu mana yg mampu utk melupakan pengalaman getir saat melahirkan, menantikan kesygn hadir di pangkuan..tp ibu hanya mampu mendakap saat ank ibu sudah mahu bertemu Penciptanya..200hari dh berlalu..moga kekuatan & kesabaran sentiasa menjadi peneman hidup sehingga ke saat ini..
Moga Allah gantikan yang lebih baik daripada apa yg telah diambilNya..perkara yg sentiasa mengingatkan aku, semua yg ada di atas muka bumi ini adalah pinjaman dariNya. Kita diberi amanah tatkala dikurniakan sesuatu..bersyukurlah..jagalah amanah itu dengan sebaik-baiknya..wallahua'lam
Thursday, 18 December 2014
Saturday, 13 December 2014
:: Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara ::
Assalamualaikum & selamat malam..
Setelah seminggu bertarung dengan kekangan masa, akhirnya alhamdulillah..selesai sebahagian tugasan aku sebagai salah seorang jawatankuasa QE di Jabatan Farmasi bagi mendapatkan semula Pensijilan untuk tahun 2014 & setahun seterusnya.. dan kami berjaya mendapat beberapa 'bintang' & kepujian oleh auditor dari pihak MPC..
Ceritanya adalah untuk persediaan hari Audit Semula Pensijilan QE/5S peringkat Jabatan Farmasi hsnz iaitu pada 11 Disember 2014..menjadi setiausaha I JK induk adalah tugas yg sedikit berat. ALhamdulillah dengan kerjasama teamwork yg bagus, kami berjaya mendapat sijil! moga amalan persekitaran berkualiti ini terus menjadi amalan kerja harian untuk semua..
Dugaan seminggu yg berat ni, kurang melaksanakan tugas hakiki..sentiasa mengingatkan aku pada masa yang dipinjamkan bila lalui hari-hari yg sebegini. Memulakan kerja selepas cuti di awal Disember, diberi tugasan untuk selesaikn slide & fail utk diaudit amatlah memerlukan masa yg agak panjang & padat..Ditambah dengan tanggungjawab kpd 'weekend husband'..sungguh mencabar. Adanya oncall (nite shift) yg agak tough dengan patients yg agak meriah pada 2 hari sebelum audit..bekerja pulak dgn PRP yg baru (seolah2 mcm kerja seorg!)...ma abah adik ke Kuala Lumpur..nasib baik yaya ada jd peneman.. aargh..dugaan!! tp alhamdulillah aku dapat laluinya dgn berjaya..
Tajuk post hari ini adalah 'ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara';

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati
em..perkara yg perlu menjadi sumber motivasi utk hari-hari yg dilalui.. semuanya berkait dengan masa. Masa xboleh dikembalikn..masa hanya perlu dilalui..sama ada dlm keadaan yg positif mahupun negatif.. kita akan sentiasa diduga & mungkin akan menjadi seperti roda..dulu sihat, mungkin boleh jd sakit..tp dari sakit boleh kembali menjadi sihat..tp utk perkara no.2 & 5..itu tetap pasti & tidak boleh kembali..
jadinya..hargailah masa yg kita ada & lalui dengan tabah serta sabar..samada 'tough' atau lapang, bersyukurlah..dan cuba untuk tidak sia-siakn pada perkara yg tidak mendatangkn apa-apa kebaikan..pesanan untuk diri sendiri ;-)
Oklah..sambung di lain entry. Nitey nite..assalam..
Subscribe to:
Comments (Atom)