Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..masih diberi nikmat kehidupan hari ini, nikmat iman & Islam..selamat tinggal 2014, tahun yg akan terpahat diingatan sampai bila-bila. Kisah suka duka episod kehidupan sendiri mahupun masyarakat saudara sesama Muslim..
Kita sentiasa diuji & Allah tidak akan penat untuk menguji hamba-hambaNya yg disayangi..
Bersyukurlah jika hidup sentiasa diuji kerana sesungguhnya ujian itu banyak mengajar kita erti kehidupan yang sementara ni..
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" ... al mulk ayat 2
Hari-hari yang dilalui dengan pengkhabaran berita yang meruntun jiwa..sedih.. peristiwa banjir yang teruk di negeri cik Siti Wan Kembang..berita pesawat Air Asia Indonesia yang terhempas (3 malapetaka pesawat pada tahun ni) yg mengorbankan 162 nyawa.. Allahurabbi..tatkala MH370 masih belum ditemui, MH17 yg ditembak jatuh.. memberi peringatan pada kita, mati itu bila-bila masa. Beratnya untuk menanggung ujian itu samada diri sendiri yg mengalami mahupun kaum keluarga..Benar.. sepertimama aku juga turut merasai kehilangan anakanda yg dikandung selama 40minggu.. sukar utk meletakkan diri ni di tempat org lain jika kita sendiri tidak merasainya. Bertabahla wahai penerima ujian dari Allah, bersyukur dan redhalah..sesungguhnya janji Allah itu pasti, besar ganjaran yg Allah akan berikan pada hati-hati yang bersabar..
Hari ni 2 Januari 2015 bersamaan 11 Rabiulawal..esok merupakan hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. Selawat & salam sejahtera ke atas baginda. Seorang hamba Allah yg diutuskan utk membawa rahmat ke seluruh umat manusia. Ampuni ummatmu ini yg banyak lalai leka dengan nikmat dunia.. moga permulaan tahun baru masihi memberi penuh pengharapan agar segala impian & hajat tercapai. Moga kehidupan yg dilalui juga lebih baik & sempurna..
Ya Allah, ya Tuhan kami..kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Amin ya rabbal a'la min..